Home Sukan 6 PEMAIN IMPORT JEJAS ‘PERIUK NASI’ PEMAIN TEMPATAN

6 PEMAIN IMPORT JEJAS ‘PERIUK NASI’ PEMAIN TEMPATAN

119
0

KUALA LUMPUR: Langkah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memperkenalkan penambahan kuota seorang pemain import di atas padang bagi musim 2024/25 Liga Malaysia (Liga M) menimbulkan pelbagai reaksi khususnya dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.

Memetik laporan menerusi berita harian,Dengan enam pemain import (iaitu 4+1 (Asia) +1 (ASEAN) dibenarkan berada di atas padang berbanding lima pemain pada musim lalu dan seorang pemain import di bangku simpanan, timbul persoalan mengenai peluang kepada pemain tempatan untuk beraksi dalam kesebelasan utama.

Jika setiap pasukan menurunkan enam pemain import dalam satu-satu masa, ini menyaksikan hanya lima pemain tempatan boleh digunakan bagi melengkapkan kesebelasan utama dalam sesuatu perlawanan.

Mohd Sadek Mustaffa

Ketika diminta mengulas mengenai perkara ini, pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustaffa mengakui langkah ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan peluang untuk pemain tempatan untuk beraksi.

Namun Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam itu menegaskan situasi ini pasti dilihat sebagai isyarat untuk pemain tempatan khususnya pemain muda meningkatkan kualiti agar dapat memberi saingan kepada pemain import.

“Sudah tentu (jejaskan peluang pemain tempatan) tetapi pemain tempatan perlu tingkatkan prestasi mereka. Tidak semua pasukan ada kemampuan bajet untuk mengikat sehingga sembilan pemain import dan membariskan tujuh pemain dalam satu perlawanan.

“Kalau pemain tempatan boleh beraksi sebaik pemain import, pasti mereka menjadi pilihan pasukan dan pasukan boleh berjimat dengan mengurangkan kebergantungan kepada pemain import.

“Secara tidak langsung, ini meningkatkan daya kompetitif antara pemain tempatan dengan pemain import kerana masing-masing perlu bersaing untuk merebut tempat. Suka ataupun tidak, ini satu cabaran baharu dalam realiti bola sepak,” kata Sadek.

Dalam masa sama, Sadek turut menganggap perkembangan ini akan menguji keberanian pasukan Liga M untuk membangunkan pemain tempatan khususnya buat pasukan yang memiliki bajet terhad.

“Kalau gaji pemain import boleh membayar gaji dua atau tiga pemain tempatan, lebih baik pasukan bentuk pemain mereka sendiri dan ini adalah kebaikan untuk jangka masa panjang.

“Semuanya bergantung kepada kemampuan kewangan dan kalau tidak mampu, lebih baik gunakan pemain tempatan kerana kita tidak mahu timbul isu tunggakan gaji pemain import sekali lagi berulang pada musim akan datang,” kata Sadek.-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here