Home Sukan INTER MILAN SAMBAR BUCHANAN

INTER MILAN SAMBAR BUCHANAN

ROMA: Inter Milan menandatangani pemain tengah Kanada, Tajon Buchanan dari kelab Belgium, Brugge.

Memetik laporan AFP menerusi berita harian Buchanan, yang memberi komitmen sehingga 2028, dilaporkan menelan belanja Inter sebanyak 10 juta euro (RM50.76 juta).

Pemain berusia 24 tahun itu memulakan karier profesionalnya bersama New England Revolution dalam saingan MLS sebelum menyertai kelab Brugge pada Januari 2022.

Dia mempunyai 67 penampilan dalam semua kejohanan bersama kelab Belgium itu termasuk termasuk enam perllawanan dalam saingan Liga Juara-Juara musim lalu.

Pada tahun lalu, dia turut menjadi sebahagian daripada pasukan Kanada yang membuat penampilan di Piala Dunia Qatar.

Buchanan turut mempunyai 35 penampilan di peringkat antarabangsa dengan meledak empat jaringan

Inter pada ketika ini sudah mengumpul 45 mata dengan kelebihan dua mata berbanding Juventus.

Pasukan kendalian Simone Inzaghi itu dijadual bertemu Verona esok. – AFP-BH ONLINE

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here