Home Luar Negara GEMPA BUMI JEPUN: KORBAN MENINGKAT KEPADA 78 ORANG

GEMPA BUMI JEPUN: KORBAN MENINGKAT KEPADA 78 ORANG

TOKYO: Korban akibat gempa bumi di Ishikawa Jepun meningkat kepada 78 orang setakat pagi ini, selepas beberapa siri gempa bumi mencecah sehingga 7.6 pada skala Richter melanda wilayah itu dan kawasan sekitarnya, lapor Xinhua.

Menurut pihak berkuasa tempatan, bandar Wajima paling teruk terjejas dengan 44 kematian direkodkan.

Dalam satu siri gegaran susulan pada Khamis, hampir 95,000 keluarga mengalami gangguan bekalan air di beberapa bahagian Ishikawa akibat kerosakan paip air.

Operasi mencari dan menyelamat berdepan cabaran kesan daripada runtuhan.

Gempa bumi yang berlaku tiga hari selepas itu turut mencetuskan amaran tsunami.

Kementerian Tanah menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 100 hektar kawasan di Ishikawa terjejas akibat tsunami.

“Lebih 40 jam telah berlalu sejak bencana itu. Saya rasa kita berada pada saat genting…terpaksa berlumba dengan masa. Kami telah menerima laporan bahawa ramai orang yang terperangkap di bawah bangunan yang runtuh masih menunggu untuk diselamatkan,” kata Perdana Menteri, Fumio Kishida pada sidang akhbar, semalam.

Agensi Meteorologi Jepun secara rasmi menamakan bencana itu sebagai “Gempa Bumi Semenanjung Noto 2024”.– BERNAMA-XINHUA, BH Online –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here