Oleh: Athirah Azman@ I Medikel TV
KOTA BHARU: Sebanyak 370 lot perniagaan di Bandar Baru Tunjong bakal beroperasi pada awal tahun hadapan menerusi International Halal Hub (IHH).
Pengarah Noble Residence IHH, berkata pihaknya mengalu-alukan warga di negeri Kelantan untuk membeli dan memiliki lot perniagaan untuk menjual pelbagai jenis barangan daripada negeri itu.
Lot perniagaan di kawasan tersebut juga sudah dibaik pulih setelah mengalami kerosakan sejak dua tahun lepas akibat pandemik COVID-19 sekaligus menyebabkan pemilik lot tidak dapat berniaga.

“Kita telah membaik pulih bangunan ini dan boleh beroperasi awal tahun hadapan dan pada ketika itu, saya mengharapkan pembeli lot kedai ini sudah memulakan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pra-Pelancaran Noble International Halal Hub, di Bandar Baru Tunjong, di sini, pada Khamis.
Beliau berkata, pelbagai program kebudayaan dan pengenalan makanan di Negeri Che Siti Wan Kembang bakal diadakan setelah ia beroperasi bagi menghidupkan lagi keadaan di kawasan berkenaan.
Jelasnya, lot perniagaan yang dimajukan oleh pihak Noble IHH itu terletak di kawasan strategik serta bakal menjadi pusat tumpuan adalah yang pertama dibina di Semenanjung Malaysia.
“Harga untuk satu lot kedai di sini adalah dalam anggaran RM75,000 dan saya pasti ia jauh lebih murah berbanding lot-lot di kawasan lain.
“Tambahnya, pembeli yang berniaga boleh membuat pengubahsuaian di lot masing-masing mengikut citarasa tersendiri,” katanya.
I Medikel TV






