Home Luar Negara BEKAS TEBUSAN SERU ISRAEL PULANGKAN TAHANAN TANPA CEDERA

BEKAS TEBUSAN SERU ISRAEL PULANGKAN TAHANAN TANPA CEDERA

154
0

TEL AVIV: Keluarga dan penyokong tebusan yang masih ditahan di Gaza menuntut Israel mengemukakan tawaran kepada pemimpin Hamas untuk memulangkan orang yang tersayang tanpa cedera.

Memetik laporan Agensi menerusi Awani, bekas tahanan hamas, Raz Ben Ami turut memberi amaran kepada kabinet Israel bahawa pertempuran di Gaza akan membahayakan nyawa tebusan.

Katanya dalam sidang akhbar, Israel mesti menawarkan satu lagi perjanjian pembebasan tebusan bagi mendapatkan sokongan masyarakat antarabangsa,”

Keluarga itu berkumpul di Tel Aviv sehari selepas tiga tebusan tersilap dibunuh oleh tentera Israel di Gaza.

Lebih 100, wanita, kanak-kanak, remaja dan warga asing telah dibebaskan dalam perjanjian yang dicapai pada akhir November.

Kata pihak berkuasa, lebih 100 tebusan masih berada di Gaza.

Pejuang Hamas menahan 240 tebusan dalam serangan pada 7 Oktober lalu.

Israel kemudian melancarkan serangan balas, di mana pihak berkuasa kesihatan Gaza berkata, lebih 19,000 rakyat Palestin telah terbunuh.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here