Home Buletin Semasa SKIM PERUBATAN MADANI BAKAL BERAKHIR DISEMBER INI

SKIM PERUBATAN MADANI BAKAL BERAKHIR DISEMBER INI

173
0

Oleh: Athirah Azman@I Medikel TV

KOTA BHARU: Skim Perubatan Madani khas untuk membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapat rawatan sakit ringan secara percuma di klinik swasta berdaftar.

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam, DR Ahmad Zulfahmi Mohd Kamaruzaman, skim itu menerima sambutan yang menggalakkan serta diperluaskan ke seluruh Malaysia sehingga Disember ini.

Katanya, skim itu memberi tumpuan kepada perkhidmatan rawatan termasuk kes demam, selsema, cirit-birit, muntah, terseliuh, sakit kepala, trauma ringan, luka ringan dan sebagainya.

“Insiatif kerajaan untuk membantu golongan berkenaan untuk mendapat rawatan di klinik swasta yang beroperasi selama 24 jam sehari,” katanya dalam ucapan ketika Program Jelajah eKasih di Dataran Muhammad, di sini, baru-baru ini.

Jelasnya, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh mendapatkan rawatan percuma menerusi Skim Perubatan Madani di klinik swasta yang berdaftar.

“Sekiranya golongan tersebut belum menggunakan skim itu, mereka boleh mendapatkan rawatan ke klinik swasta untuk menuntutnya.

“Semakan kelayakan juga boleh dibuat menerusi laman rasmi Skim Perubatan Madani,” katanya.

Selain itu, jumlah kos rawatan yang ditanggung untuk isi rumah berkeluarga adalah RM250 manakala warga emas tanpa pasangan RM125 dan bujang RM75.

I Medikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here