Home Segmen Kesihatan JAGA KEBERSIHAN DIRI TANGANI HFMD

JAGA KEBERSIHAN DIRI TANGANI HFMD

KOTA BHARU: Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) kelihatan seakan teruk dengan lepuh di seluruh tubuh badan kanak-kanak.

Ia merupakan penyakit berjangkit yang berpunca daripada jangkitan virus.

Menurut Nurul Shuhada, HFMD terjadi disebabkan virus daripada kumpulan Coxsakcie dan Enterovirus 71 yang menyebabkan lepuh pada tangan, kaki dan dalam mulut serta di kawasan yang dipakai lampin.

“Penyakit HFMD ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja mana-mana usia tapi ia lebih common la dalam kalangan bayi dan juga kanak-kanak yang berumur lima tahun ke bawah.”

“Penyakit HFMD ini memang penyakit yang berjangkit, ianya boleh dijangkiti daripada seseorang inidividu kepada individu yang lain melalui lelehan hingus, daripada air liur ataupun daripada najis orang-orang dijangkiti dan juga daripada air-air blister”, kata Nurul Shuhada Hamidon, Ahli Farmasi I Medikel.

Katanya, antara simptom HFMD adalah demam dan ulser dalam mulut, lidah dan tekak sehingga menyebabkan kurang selera makan.

Justeru, kekeringan badan atau dihidrasi akan mudah terjadi disebabkan ada sebilangan kanak-kanak menjadi kurang selera makan dan minum akibat sakit pada mulut.

“Tanda-tanda dihidrasi ini perlu dilihat dalam kalangan anak-anak contoh seperti kurangnya air kencing dan kemudian boleh menangis kurangnya air mata kemudian juga mulut kering tu kalau ada tanda-tanda tu boleh cepat bawa ke klinik lagi”, katanya.

Jelasnya, aspek kebersihan sangat penting untuk mengelakkan penularan virus kepada orang lain walaupun pesakit sudah sihat.

Katanya, kanak-kanak perlu mengamalkan kebersihan diri termasuk mengelakkan menyentuh permukaan meja, kerusi serta alat permainan.

Menurutnya kanak-kanak perlu dilatih untuk mencuci tangan dengan kerap.

“HFMD ini disebabkan oleh jangkitan virus tapi tak ada spesifik antivirus untuk merawat penyakit HFMD ini tapi kita more kepada rawatan kepada simptom gejala itu tadi seperti demam kita ambil ubat demam, kemudian kalau dia ada ruam gatal tadi kita ambil ubat anti radang la untuk menghilangkan kegatalan dan sekiranya dia sakit pada ulser tadi ulser mulut itu boleh ambil ubat tahan sakit”, katanya.

Bagaimanapun, jelas Nurul Shuhada, penyebaran virus tersebut boleh dikawal dengan mengamalkan kebersihan dalam kehidupan seharian.

Katanya, bagi mengelakkan kanak-kanak yang dijangkiti menyebarkan penyakit ini kepada orang lain, ibu bapa dinasihatkan untuk mengelakkan mereka daripada mengunjungi tempat awam.

Ini kerana, menurut Nurul Syuhada supaya penyakit ini tidak merebak.

Jelasnya, Enterovirus 71 mempunyai kecenderungan dalam berlakunya keradangan kepada otak dan jantung kepada individu yang dijangkiti.

Oleh sebab itu, sekiranya ibu bapa mendapati simptom seperti kerap kebingungan, mengantuk, mengalami pernafasan yang cepat serta demam melebihi tiga hari berpanjangan, mereka perlu mendapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan.

“Sesiapa yang sudah terkena ataupun sudah dijangkiti oleh virus ini kita nasihatkan supaya duduk di rumah supaya kuarantin diri di rumah jangan pergi ke tempat-tempat awam, tempat-tempat terbuka ia boleh menyebabkan jangkitan, jangkitan ini merebak kepada orang lain yang sihat”, katanya.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here