Home Sukan SALAH,ELLIOTT LONJAK LIVERPOOL KE PUNCAK LIGA

SALAH,ELLIOTT LONJAK LIVERPOOL KE PUNCAK LIGA

LONDON: Mohamed Salah menjaringkan gol ke-200nya untuk Liverpool sebelum Harvey Elliott meledak gol kemenangan ke atas Crystal Palace yang melonjak mereka ke puncak Liga Perdana Inggeris.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Skuad kendalian Jurgen Klopp hampir tercicir mata selepas penalti Jean-Philippe Mateta meletakkan Palace di depan pada minit ke-57 aksi di Selhurst Park.

Namun sebaik pemain Palace, Jordan Ayew dilayangkan kad merah 15 minit kemudian, Liverpool bangkit menyamakan kedudukan menerusi Salah.

Gol ke-14 Salah musim ini menjadikannya pemain kelima menjaringkan 200 gol untuk Liverpool dalam semua pertandingan selepas Ian Rush (346), Roger Hunt (285), Gordon Hodgson (241) dan Billy Liddell (228).

Dalam penampilan Liga Perdana Inggeris ke-247nya, bintang Mesir itu turut meledak gol ke-150nya dalam saingan berkenaan, termasuk dua untuk Chelsea, dan meletakkannya dalam kelompok 10 terbaik bersama Michael Owen.

Selepas jaringan penyamaan Salah, pemain muda, Elliot yang masuk sebagai pemain gantian, meledak gol kemenangan dalam masa kecederaan.

Kemenangan ketiga berturut-turut Liverpool dalam aksi liga meletakkan mereka satu mata di depan Arsenal yang akan menentang Aston Villa selepas ini.

Dengan perlawanan di laman sendiri menentang Manchester United dan Arsenal menanti sebelum Krismas, The Red mempunyai peluang untuk mengesahkan kedudukan sebagai pendahulu menjelang Tahun Baru. – AFP-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here