Home Sukan RONALDO BERAKSI PERLAWANAN PROFESIONAL KE-1200

RONALDO BERAKSI PERLAWANAN PROFESIONAL KE-1200

RIYADH: Cristiano Ronaldo meraikan perlawanan profesional ke-1,200 dengan satu gol dan satu umpanan gol sekali gus membantu kelab Liga Pro Saudi, Al-Nassr menang 4-1 ke atas Al-Riyadh awal pagi tadi.

“Cristiano Ronaldo kini sudah beraksi dalam 1,200 perlawanan profesional,” kata Liga Pro Saudi dalam hantaran di platform X, ketika bekas pemain Real Madrid itu menghampiri rekod Peter Shilton sebagai pemain paling banyak beraksi dalam kalangan pemain lelaki.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Ronaldo, 38, membuka tirai jaringan sejurus selepas setengah jam apabila dia menampan masuk hantaran lintang Sadio Mane, yang kecewa apabila golnya dibatalkan pada minit pertama perlawanan.

Bintang Portugal itu mengukuhkan statusnya sebagai pendahulu penjaring terbanyak liga dengan gol ke-16 daripada 16 perlawanan musim ini dan membantu pasukannya bangkit selepas tumpas 3-0 di tangan pendahulu liga Al-Hilal minggu lalu.

“Tiga mata lagi,” tulis Ronaldo dalam media sosial. “Terima kasih kepada semua rakan sepasukan yang membantu saya beraksi perlawanan ke-1,200. Satu perjalanan panjang dan kami belum berakhir lagi!”

Tiga minit pada masa kecederaan babak pertama, Ronaldo mengumpan kepada rakan senegaranya Otavio yang menanduk masuk.

Pemain Al-Nassr dari Brazil, Anderson Talisca meledak dua gol pada babak kedua, dengan Andre Gray menyumbat masuk gol saguhati Al-Riyadh.

Al-Nassr kekal di tangga kedua dengan 37 mata, tujuh mata di belakang Al-Hilal, manakala Al-Riyadh di tangga ke-14 dengan 16 mata.

Bekas penjaga gol England, Shilton diiktiraf sebagai pemegang rekod bagi penampilan dalam perlawanan profesional lelaki sekalipun jumlah itu dipertikaikan.

Sesetengah statistik menyatakan ia 1,390 tetapi Shilton sendiri dalam hantaran di X menyatakan jumlahnya adalah 1,387. – REUTERS-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here