Oleh Athirah Azman, wartawan IMedikel TV
KOTA BHARU: Kurang kelembapan pada lapisan kulit memudahkan terjadinya rekahan pada tapak kaki terutama tumit.
Rekahan itu jelas menampakkan kaki kelihatan agak kurang cantik dan mencacatkan penampilan sesetengah orang.
Menurut Shuhada, tumit merekah adalah berpunca daripada kulit kering akibat hilang kelembapan pada lapisan kulit.
Katanya ia boleh menyebabkan lapisan kulit menjadi keras, kemudian secara perlahan ia menebal dan akhirnya merekah.
“Kulit merekah ini bermula dengan kulit yang kering punca-puncanya hilang kelembapan la daripada kulit.
“Kebiasaan kalau kulit merekah ini dia first dia mula dengan kering dan kemudian dia menyebabkan kuliti tu menjadi tebal dan kasar, kita rasa kulit itu kasar bila mana dia tidak dirawat dan tidak dicegah boleh menyebabkan dia menjadi merekah menjadi luka bila luka yang tu la kita akan rasa sakit bila pijak tu mula la kita rasa tak selesa jadi itu la kita panggil dia suatu keadaan”, kata Nurul Shuhada Hamidon, Ahli Farmasi Imedikel.
Dia berkata, walaubagaimana pun, masalah tumit merekah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan sekiranya tidak menjaga kebersihan dan kesihatan kaki, ia mudah terjadi.
Jelas Shuhada, antara faktor lain yang menyumbang kepada masalah itu adalah berat badan yang perlu ditanggung oleh kaki ketika berjalan.
Katanya, geseran yang berlaku akan memberi tekanan kepada bahagian tumit dan kebiasaanya terjadi kepada individu yang berdiri dan berjalan dalam jangka masa yang lama.
“Bila mana pressure kawasan tumit kaki itu boleh menjadi kering yang mana bila menjadi kering dia boleh menebal dan boleh terluka bila terluka boleh menyebabkan kuman masuk dan meyebabkan infection jadi itu la datang nya komplikasi”, katanya.
Lapisan kulit yang cedera dapat memudahkan kuman masuk ke dalam tubuh, termasuk tumit kaki. Selain itu, kurangnya asupan nutrisi seperti vitamin C dan E juga dapat menyebabkan rekahan pada tumit. Oleh sebab itulah, penting untuk menjaga keseimbangan makanan dan nutrisi yang tepat.
“Sebenarnya bila mana kulit dah mula kering dah mula kasar tu kita dah rasa tak selesa bila masa kita pijak tumit kaki jadi sepatutnya bila kita rasa benda tu kita kena ambil tindakan.
“Lebih-lebih kepada orang yang ada penyakit kencing manis yang mana kita tahu dia dapat luka susah nak baik dan kemudian memang kuman ni suka gula la suka gula dalam badan kita jadi orang kencing manis sangat perlu titik berat la kalau ada maslah rekahan pada kaki”, katanya.
Kata Shuhada, sekiranya jangkitan kuman pada rekahan yang mendalam itu memerlukan antibiotik, ia memerlukan masa yang agak lama untuk sembuh.
Bagaimanapun katanya, masalah itu boleh dirawat sendiri dengan menyapu losyen supaya ia kekal lembap dan lembut.
Mengulas lanjut, rekahan pada tumit bukan sahaja boleh mencacatkan penampilan, namun ia juga membuka laluan untuk kemasukan kekotoran yang terdedah kepada pelbagai jangkitan.
“Rawatan itu bergantung macam seveority itu juga biasa kalau kulit itu sekadar kering biasa kita bagi losyen untuk mengembalikan semula kelembapan kulit tersebut yang kering tadi tapi kalau dah menjadi keras, dah menjadi tebal itu kita boleh mengambil salicylic acid iaitu untuk menghakis untuk menipiskan semula la kulit yang keras itu supaya tekstur dia lebih lembut”, katanya.
Selain itu, Shuhada turut menasihatkan orang ramai untuk memakai kasut atau selipar yang sesuai bagi mengelakkan sebarang tekanan pada tumit akibat geseran yang berlaku.
IMEDIKEL TV





