Home Luar Negara KEMATIAN IBU, BAYI BARU LAHIR DI GAZA DIJANGKA MENINGKAT – UNRWA

KEMATIAN IBU, BAYI BARU LAHIR DI GAZA DIJANGKA MENINGKAT – UNRWA

ISTANBUL: Agensi pelarian Palestin pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (Unrwa) menjangkakan peningkatan kematian ibu dan bayi baru lahir di semenanjung Gaza.

Ini disebabkan kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan yang mencukupi di tengah-tengah serangan dan sekatan berterusan terhadap bekalan kelangsungan hidup.

Dalam satu kenyataan, Unrwa berkata wanita, kanak-kanak dan bayi baru lahir di Gaza secara tidak seimbang menanggung beban peningkatan permusuhan di wilayah Palestin yang diduduki.

Menurut Agensi itu yang dilaporkan Anadolu, kematian ibu dijangka meningkat memandangkan kekurangan akses kepada penjagaan yang mencukupi.

Memetik laporan Agensi menerusi Berita Harian, pengeboman, kemudahan kesihatan yang rosak atau tidak berfungsi, ketiadaan bekalan air dan elektrik serta akses terhad kepada makanan dan ubat-ubatan sangat mengganggu perkhidmatan kesihatan ibu, bayi baru lahir dan kanak-kanak.

Agensi itu menegaskan bahawa “Jeda kemanusiaan segera diperlukan untuk mengurangkan penderitaan dan mencegah keadaan terdesak daripada menjadi malapetaka.”

Minggu ini tentera Israel meluaskan serangan udara dan darat ke atas semenanjung Gaza, yang telah diserang tanpa henti sejak serangan mengejut oleh kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober.

Hampir 11,000 orang terbunuh dalam konflik itu, termasuk 9,488 rakyat Palestin dan lebih 1,538 warga Israel.

Sambil meneruskan pemotongan bekalan elektrik, bahan api dan air ke Gaza, sepanjang minggu lalu Israel memberikan sedikit bantuan kemanusiaan, tetapi jauh lebih sedikit daripada apa yang diperlukan oleh 2.3 juta penduduk di semenanjung itu untuk terus hidup. -AGENSI, BH ONLINE-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here