Home Buletin Semasa INDUSTRI BATIK TIDAK AKAN PUPUS

INDUSTRI BATIK TIDAK AKAN PUPUS

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV

KOTA BHARU: Industri batik semakin mendapat sambutan ramai apabila penjawat awam diwajibkan memakai pakaian batik setiap khamis.

Ia sekaligus menjadikan industri pembuatan batik tidak akan pupus ditelan zaman.

Team Imedikel TV berkesempatan membuat tinjauan dan menemu bual pencanting batik di Wisma Nordin, di sini, baru-baru ini.

“Batik Malaysia dikenali sebagai salah satu bidang kraftangan tradisional yang terkenal di Malaysia. Jadi sekarang ini saya berada di tempat mencanting batik di Wisma Nordin dan di belakang saya, terdapat beberapa orang pewarna batik sedang mewarna kain batik mengikut warna yang begitu menarik. Mari kita lihat cara-cara penghasilannya,”katanya kepada pemberita ketika ditemui di Wisma Nordin di sini, baru-baru ini.

Seorang pencanting batik, Shahriman Abdul Hamid, 50, dari Kota Bharu, berkata industri pembuatan batik tidak akan pupus selagi masih ada pelapis yang boleh menghasilkan rekaannya.

“Batik ini memang tak akan pupus cuma kita nak kan orang-orang muda la pula menceburi batik ini juga. Jangan sampai yang veteran ini dah tak ada semua jadi mungkin pupus la juga.”

Katanya, generasi muda perlu diberi pendedahan terhadap kesenian batik agar tidak ditelan arus kemodenan pada masa kini.

Menurutnya, motif batik berasaskan tradisional, flora, geometrikal dan abstrak menjadi pilihan pelanggan termasuk penjawat awam di sekitar negeri Che Siti Wan Kembang mahupun dari negeri luar.

“Baju batik ini memang setiap Khamis dan Ahad pun pakai Sabtu pun pakai jadi banyak permintaan la sekarang ini.

“Dari segi nak buat rekaan design ke apa ke memang rasa susah la tapi nak juga try buat, kena ada kesabaran tu biar benda tu nampak jadi dan bunga biar nampak hidup kalau abstrak tu biar nampak abstrak betul la,”katanya.

Dia berkata, kerja mencanting batik memerlukan kesabaran yang tinggi kerana bukan mudah untuk memperoleh idea bagi melakar dan mencantingnya.

Tambahan pula, tempoh masa untuk melakar dan mencanting pada sehelai kain mengambil masa lebih kurang satu jam.

Manakala, seorang lagi pencanting batik, Maziati Mokhtar, 49, dari Pasir Mas, berkata segelintir pencanting menggunakan pensil dahulu untuk mencorak kain.

Namun ada juga yang berkemahiran dengan mencanting terus pada helaian kain.

Katanya, kerja mencanting motif menggunakan campuran lilin dan rozin cair panas sebagai pelindung terhadap redapan warna.

“Lilin tak perlu tunggu sejuk dia apabila kita canting dia cepat sejuk dia boleh 2 3 saat tu memang lilin tu sejuk.

“Cairkan dia, panaskan dia kita guna untuk kita melukis atas kain apabila kita lukis apabila orang mewarna apabila ada line dengan lilin tu warna tu tak akan bertembung jadi kita boleh nak warna macam-macam jenis warna tu tidak akan keluar dah,”katanya.

Menurut Maziati yang sudah berpengalaman lebih 16 tahun dalam industri batik, idea untuk melakar corak batik sentiasa akan diperbaharui dan diubah suai dari masa ke semasa.

Selain itu, seorang pewarna batik, Rohana Mohd Nor, 60, dari Kota Bharu, berkata langkah mewarna pada cantingan batik mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Katanya, motif yang sudah selesai dicanting pada kain jenis “cotton viscose” akan diwarna menggunakan warna romazo.

Menurutnya, penggunaan berus yang kecil adalah sesuai untuk motif yang agak rumit untuk proses mewarna batik.

Tambah rohana, proses mewarna latarbelakang motif biasanya menggunakan berus bersaiz dua hingga empat inci.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here