Home Buletin Semasa PENARIKAN SUBSIDI AYAM, KESAN KEPADA PENGGUNA

PENARIKAN SUBSIDI AYAM, KESAN KEPADA PENGGUNA

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan I Medikel TV

KOTA BHARU: Subsidi dan kawalan harga ayam ditamatkan berkuat kuasa 1 november lalu.

Tinjauan IMedikel TV di sekitar Kota Bharu mendapati, rata-rata peniaga ayam proses segar masih belum menaikkan harga jual ayam.

Peniaga, Nizam, 26, berkata kesan daripada penarikan subsidi tersebut akan berlaku kenaikan harga ayam.

“Kalau subsidi sekarang dalam RM7.80, sebelum subsidi ditarik balik ada turun, RM6.20. Semalam RM6.40 hari ni RM6.20, tak tentu harga, kalau kilang bagi harga tu, harga tu kita akan jual.

“Mahal lah kalau subsidi ditarik. Kalau ayam naik, harga mahal, kesian kepada pengguna, harga sudah tentu akan naik,” katanya kepada pemberita ketika di temui di sekitar Kota Bharu, di sini, semalam.

Nizam berkata, setakat ini harga jualan ayam proses segar masih belum ada kenaikan harga dan masih menjual pada harga seperti biasa.

“Masih belum dinaikkan setakat ni. Mungkin kenaikan tu minggu depan atau dua minggu lagi, tak pasti, kalau sampai masa naik, kita naik lah. Cuma tak tahu berapa harga.”

Ditanya mengenai perbezaan harga jualan ayam proses segar di negeri ini, ini jawapan Nizam.

“Mungkin dia tumpang lori orang sama ada dia ambil ayam bersih. Ayam bersih ni contoh dia ambil yang dah sia, tinggal jual je, macam company kita direct dari kilang di Perak, kita balik proses sendiri, mungkin orang lain ambil yang sudah disembelih dan dibersihkan, hanya untuk ditimbang, potong dan jual. Yang ni kita ambil ayam yang masih hidup, kita sembelih sendiri. Lori sendiri, tauke hanya pakai pekerja sahaja,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Lokman, 43, berkata buat masa sekarang kesannya masih belum ketara.

Ini kerana menurutnya harga masih lagi tidak berubah.

Katanya, penarikan subsidi yang diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu itu secara tidak langsung akan memberi kesan kepada peniaga dan pembeli.

Menurutnya, sudah lama pembeli merungut tentang kenaikan harga ayam, namun sebagai peniaga pihaknya juga mengikut ketetapan pembekal ayam.

Katanya sekiranya pembekal menetapkan harga yang mahal, mereka juga terpaksa menaikkan harga begitu juga sebaliknya.

Menurut Lokman, penarikan subsidi itu juga berkemungkinan harga ayam akan mencecah sehingga belasan ringgit sekilogram.

Menurutnya, dia menjual ayam proses hampir 10 tahun, isu kenaikan dan penurunan harga itu adalah perkara biasa.

Setakat ini, Lokman berkata jualan runcit ayam di kedainya adalah RM8.99 sekilogram.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here