TOKYO: Seorang maut dan tujuh lagi hilang selepas dua helikopter tentera terhempas di Jepun, lapor Sputnik.
Agensi Berita Kyodo melaporkan pada Ahad, memetik Menteri Pertahanan Jepun Minoru Kihara yang berkata, nahas itu mungkin disebabkan pelanggaran antara kedua-dua helikopter SH-60K, yang setiap satunya membawa empat kru semasa latihan antikapal selam pada waktu malam di kawasan Pulau Tori-shima di Lautan Pasifik.
Tentera menemukan apa yang dipercayai serpihan helikopter itu semasa pencarian pascanahas, sambil
Terdahulu, Kementerian Pertahanan Jepun berkata, helikopter SH-60K itu berhenti berhubung ketika berada dalam kawasan Pulau Tori-shima berhampiran Pulau Izu dan seminit kemudian, helikopter itu menghantar isyarat kecemasan.
Kira-kira setengah jam kemudian, sebuah lagi helikopter sama berhenti berhubung semasa berada di kawasan berkenaan, kata kementerian itu. – BERNAMA, HMetro Online –
IMedikel TV






