Home Luar Negara 6 MAUT BAR KARAOKE BAWAH TANAH TERBAKAR

6 MAUT BAR KARAOKE BAWAH TANAH TERBAKAR

TASHKENT: Kebakaran di sebuah bar karaoke di bandar Fergana, Uzbekistan, meragut enam nyawa dan mencederakan tujuh lagi mangsa, menurut pihak berkuasa, semalam.

Memetik laporan BERNAMA-XINHUA menerusi BH Online, bar karaoke itu terletak di ruang bawah tanah sebuah bangunan empat tingkat di bandar terbabit, dan pihak berkuasa mengambil masa kira-kira sejam untuk memadamkan kebakaran berkenaan.

Kementerian itu berkata, sebuah suruhanjaya khas telah dihantar untuk menyiasat punca kejadian berkenaan dan membantu mangsa. – BERNAMA-XINHUA, BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here