Ipoh,PERAK: Seorang lelaki diselamatkan pihak bomba setelah mangsa menghubungi talian kecemasan awal pagi tadi, selepas memasuki kawasan hutan selama enam hari akibat tekanan kerja.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihak bomba telah bergegas ke lokasi yang dimaklumkan mangsa setelah menerima panggilan pada jam 11.44 malam tadi.
Katanya, Mohamad Suhairy Mohamed, 41, menaiki bas dari Kuala Lumpur pada 3 Jun lalu menuju ke Terminal Amanjaya disebabkan tekanan di tempat kerja dan mengambil keputusan untuk hidup di dalam hutan.
Bagaimanapun, katanya akibat lapar dan tersesat, mangsa mengambil keputusan menghubungi talian kecemasan 999 melalui telefon bimbitnya.

“Mangsa memakai baju berwarna oren, berseluar jeans biru dapat dihubungi melalui telefon tetapi tiada rangkaian Internet”.
“Mangsa memasuki hutan melalui PPU TNB berhampiran Jabatan Audit Negara, dan ketika sampai di lokasi kejadian, komander operasi telah menghubungi mangsa dan mangsa memaklumkan dia mendengar kehadiran jentera bomba dari dalam hutan,” katanya dalam kenyataan di sini”.
Katanya, komander operasi kemudian mengarahkan anggota bertugas membuat pencarian awal di kawasan hutan dan mangsa dijumpai pada pukul 2.46 pagi pada jarak 3.2 kilometer, sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, katanya.
Sumber BERNAMA
Imedikel TV






