Home Buletin Semasa DAWAI 3CM DITEMUI DALAM TAKOYAKI

DAWAI 3CM DITEMUI DALAM TAKOYAKI

132
0

KUALA LUMPUR: Dawai sepanjang kira-kira tiga sentimeter ditemui di dalam menu popular Takoyaki oleh seorang ibu dan anaknya dan meminta pihak berwajib supaya mengambil tindakan tegas terhadap rangkaian kedai menjual takoyaki berkenaan. Insiden itu turut menyebabkan keluarga tersebut trauma.

Michelle Wong yang merupakan Nenek saudara kanak-kanak itu mahu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menyiasat perkara terbabit berikutan aspek keselamatan makanan adalah sangat penting bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Michelle meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap outlet terbabit di akaun Facebook, baru-baru ini dengan turut berkongsi beberapa foto dan video sebagai bukti.

“Dimaklumkan bahawa anak saudara saya memesan takoyaki melalui penghantar makanan pada jam 12.22 tengah hari.

“Apabila makanan tiba, beliau menikmati makanan terbabit bersama anak perempuannya berusia dua tahun namun terkejut apabila mendapati adanya dawai berkarat dalam satu daripada takoyaki yang dibeli seperti yang dipaparkan dalam video.

“Anak saudara saya bagaimanapun tidak menjamah makanan dan sempat mengeluarkan apabila berasakan ada sesuatu dalam mulut,” katanya.

Michelle berkata, akibat daripada insiden itu, anak dan cucu saudaranya terbabit amat terkesan mentalnya dan mengalami kebimbangan, malah khuatir untuk mengambil sebarang makanan.

“Kami cuba menghubungi pihak kedai untuk membuat aduan namun ia tidak berjaya maka kami ingin KPDN dan jknselangor.moh.gov.my mengambil tindakan terhadap mereka kerana keselamatan makanan amat penting,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan komen yang diterima Michelle oleh kenalannya di Facebook, mereka turut meminta wanita terbabit membuat aduan pada pihak rasmi.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here