Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
TUMPAT: Pasukan Geram Am (PGA) merampas 237 biji pil Yaba bernilai RM3,555 dalam kejadian di Kampung Dungai, di sini, pada Isnin.
Komander PGA Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, dalam satu kenyataan berkata dua lelaki berumur 30 dan 39 tahun turut ditahan dalam kejadian kira-kira 11.00 malam itu.
“Pihak kami menahan sebuah kereta yang dinaiki dua suspek tersebut dalam keadaan mencurigakan semasa membuat rondaan dalam Op Taring Wawasan.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 237 dan syabu seberat 0.42 gram ditemui di dalam poket seluar seorang suspek.
“Seorang suspek yang menjadi penumpang kereta turut positif dadah jenis Methamphetamin,”katanya dalam kenyataan semalam.
Katanya dua suspek tersebut kini ditahan bagi membantu siasatan.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1), 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurutnya suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan selanjutnya.
IMedikel TV






