Home Buletin Semasa 2,000 PESERTA LARIAN REDAH HUJAN

2,000 PESERTA LARIAN REDAH HUJAN

113
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Walupun dalam keadaan hujan lebat namun tidak mematahkan semangat peserta untuk meneruskan larian di perkarangan parkir AEON Mall, di sini, pada Sabtu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Perpaduan Masyarakat Kelantan, Zamakhshari Muhamad berkata, program itu disertai oleh pelbagai lapisan umur dan masyarakat.

“Saya difahamkan kira-kira 2,000 peserta yang menyertai program ini. Program ini adalah anjuran IMedikel dan pelbagai badan korporat.

“Saya melihat program ini amat baik dan perlu diteruskan terutamanya apabila melibatkan agensi swasta dalam memberi sumbangan,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Larian Jiwa Merdeka 2024, di sini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Sukan dan Negeri Kelantan, Mohd Saipuddin Zakaria, Presiden IMedikel, Yusmat Mamat dan Pengurus AEON Mall Kota Bharu, Afnan Mohd Yusoff.

Program itu anjuran IMedikel dengan kerjasama AEON Mall Kota Bharu dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here