Home Luar Negara 2 MAUT AKIBAT PROTES PILIHAN RAYA PAKISTAN

2 MAUT AKIBAT PROTES PILIHAN RAYA PAKISTAN

127
0

ISLAMABAD: Calon dukungan bekas Perdana Menteri dipenjarakan, Imran Khan mendahului dua lagi parti pada pilihan raya Pakistan, dipercayai mendapat sokongan pihak ketenteraan ketika proses pengiraan undi memasuki fasa terakhir, semalam.

Prestasi parti dianggotai Imran, Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) dilihat lebih baik berbanding jangkaan, walaupun terdapat tindakan keras menentang parti itu.

Bagaimanapun, kerajaan baharu Pakistan dilihat mungkin akan dibentuk Pakistan Muslim League-Nawaz (PML-N) dengan kerjasama parti lain dan calon Bebas.

Bercakap di ibu pejabat partinya di Lahore, pengasas PML-N yang juga bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif, mengakui tidak mempunyai majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan, justeru mengajak parti dan calon lain untuk bekerjasama.

Keputusan terkini dalam proses pengiraan mendapati calon bebas yang kebanyakannya didukung Imran, sehingga kini mendahului dengan kira-kira 95 daripada 234 kerusi yang sudah dikira, berbanding keseluruhan 266 kerusi di dewan perwakilan rakyat.

PML-N memenangi 65 kerusi, manakala Pakistan Peoples Party (PPP) meraih 51 kerusi dengan proses pengiraan masih berjalan. Baki kerusi yang diputuskan diberikan kepada parti kecil.

Kebanyakan kerusi dimenangi penyokong setia Imran terletak di Khyber Pakhtunkhwa, yang menjadi lokasi sekurang-kurangnya dua penyokong PTI terkorban, manakala lebih 20 lagi cedera ketika berdemonstrasi di daerah Shangla, seperti dilaporkan polis, semalam.

Ia sekali gus muncul sebagai kejadian keganasan selepas pilihan raya yang pertama kali dilaporkan sejak proses mengundi berlangsung Khamis lalu.

Pegawai polis tempatan, Sahibzada Sajjad Ahmed, berkata dua penunjuk perasaan maut akibat terkena batu dilemparkan pekerja PTI. -AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here