Home Luar Negara 2 MAUT, 7 CEDERA AKIBAT SERANGAN GUNA PISAU

2 MAUT, 7 CEDERA AKIBAT SERANGAN GUNA PISAU

BEIJING: Dua orang maut dan tujuh lagi dirawat di hospital selepas mengalami kecederaan dalam serangan pisau di wilayah Yunnan, barat daya China, kata pihak berkuasa tempatan.

Dalam kenyataan dikeluarkan petang semalam, polis Daerah Luoping berkata seorang lelaki berusia 20 tahun yang mempunyai sejarah penyakit mental ‘menikam ibunya dengan pisau di rumah dan kemudian melarikan diri, lalu menikam lapan yang lain secara berturut-turut.

“Akibat kes tikaman itu dua mangsa tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia,” menurut kenyataan itu, yang turut memaklumkan tujuh mangsa lain yang cedera sedang dirawat di hospital.

Memetik laporan AGENSI menerusi Berita Harian, suspek bernama Chen ditahan oleh anggota keselamatan awam selepas serangan itu, yang berlaku kira-kira jam 8 pagi di daerah perumahan bandar Lashan.

“Siasatan sedang dijalankan dengan teratur dan sah,” menurut kenyataan polis.

Dalam perkembangan lain, gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter dilaporkan melanda Beijing mengakibatkan 10 cedera dan tiada kemalangan jiwa direkodkan.

Gempa bumi di timur China yang berlaku sebelum subuh pada Ahad lalu meranapkan rumah dan mencederakan sekurang-kurangnya 10 orang, menurut media kerajaan, namun tiada kematian dilaporkan.

Gempa bumi berukuran 5.5 skala Ritcher itu berlaku berhampiran bandar Dezhou, kira-kira 300 kilometer ke selatan Beijing, ibu negara China, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) meletakkan kekuatan gempa bumi itu pada 5.4 skala Ritcher.

Gempa itu mengakibatkan 74 rumah runtuh dan 10 orang cedera, lapor penyiar kerajaan China Central Television dan saluran berita lain.

Stesen penyiar TV menunjukkan penduduk Dezhou berlari keluar selepas gempa bumi dan duduk di kaki lima dalam kegelapan sebelum subuh.

Video di media sosial menunjukkan batu bata jatuh berselerakan, kesan daripada keretakan dinding.

Laluan kereta api sedang diperiksa untuk kemungkinan kerosakan, kata China News Service manakala CCTV melaporkan perkhidmatan gas ditutup di beberapa kawasan kerana kerosakan pada paip.

Dezhou dan kawasan sekitarnya yang ditadbir oleh bandar itu mempunyai kira-kira 5.6 juta penduduk, menurut laman sesawang kerajaan bandar itu.

Gempa itu berpusat kira-kira 10 kilometer (km) di bawah permukaan laut, menurut CENC.

“Semakin hampir dengan permukaan gempa bumi, semakin kuat anda akan merasakannya,” kata ahli geofizik di Pusat Maklumat Kajian Geologi Gempa Bumi Nasional AS, Abreu Paris. – AGENSI, BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here