Home Buletin Semasa 16 LELAKI DITAHAN DALAM OP TAPIS BERSEPADU DI SEMPADAN PASIR MAS

16 LELAKI DITAHAN DALAM OP TAPIS BERSEPADU DI SEMPADAN PASIR MAS

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR MAS: Seramai 16 lelaki tempatan diberkas dalam Op Tapis Bersepadu Sempadan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar kawasan sempadan daerah Pasir Mas, semalam.

Menerusi kenyataan di laman rasmi memaklumkan operasi yang menyasarkan aktiviti penyalahgunaan dadah serta penyalahgunaan ketum itu dilaksanakan bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah malam membabitkan kekuatan tiga pegawai dan 22 anggota.

“Operasi bersepadu tersebut dijalankan dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Pasir Mas bersama balai-balai polis sempadan dalam daerah berkenaan.

“Hasil operasi, polis membuka 15 kertas siasatan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952 membabitkan kes penagihan serta pemilikan dadah,”menurut kenyataan itu.

Jelas kenyataan turut dirampas dalam operasi berkenaan ialah pil Yaba, syabu atau ice, selain air dan daun ketum yang dipercayai berkaitan dengan aktiviti penyalahgunaan bahan terlarang.

PDRM Pasir Mas memaklumkan operasi berkenaan adalah sebahagian daripada usaha berterusan memerangi jenayah dadah di kawasan sempadan, selaras dengan seruan Jihad Dadah yang digerakkan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat bagi membanteras penyalahgunaan dadah dan memastikan keselamatan masyarakat terus terpelihara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here