Home Buletin Semasa 16 KELUAGA DI LIMA DAERAH TERIMA BANTUAN RUMAH YASA, Ru’RASA

16 KELUAGA DI LIMA DAERAH TERIMA BANTUAN RUMAH YASA, Ru’RASA

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Seramai 16 individu yang bertuah menerima bantuan rumah Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) dan Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) di lima daerah di Pahang.

Mereka terbabit menetap dibeberapa kampung di daerah Kuantan, Pekan, Maran, Raub dan Rompin.

Majlis penyerahan kunci rumah disempurnakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP),

Datuk Ahmad Islanizam A Halim.

Sebanyak 14 rumah sumbangan Ru’RASA Fasa Dua dan dua lavi rumah daripada YASA.

Pelaksanaan Ru’RASA melalui sumbangan ihsan Emiriah Arab Bersatu (UAE) merupakan hasil hubungan erat Sultan Pahang, Tengku Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.

Hubungan persahabatan ini membawa manfaat kepada rakyat melalui penyediaan kediaman yang lebih selesa dan selamat khususnya bagi golongan kurang berkemampuan di Pahang.

Menurut Mohammad Fakhruddin, pihaknya mengucapkan tahniah kepada penerima, diharap rumah yang diterima memberi keselesaan dan kebahagiaan buat seisi keluarga.

“Mereka yang menerima bantuan rumah percuma ini perlu bersyukur terhadap apa yang diterima, kemudahan berkenaan seolah hadiah yang begitu bermakna buat mereka sekeluarga.

“Penduduk yang bertuah disetiap daerah di negeri ini berpeluang menerima kemudahan berkenaan secara berperingkat,” katanya.

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here