Home Sukan 14 PASUKAN MASIH MAMPU LOLOS KE SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA

14 PASUKAN MASIH MAMPU LOLOS KE SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Saingan pusingan 16 Piala Malaysia jelas menjanjikan pertembungan yang sengit apabila 14 daripada 16 pasukan yang bertanding masih berpeluang untuk mencari slot ke suku akhir.

Selain juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang membelasah PDRM FC 10-1 sekali gus boleh dianggap sudah selangkah ke suku akhir, peluang 14 pasukan lain tampak masih terbuka luas.

Ini kerana pasukan sekadar membawa bekalan tipis tidak melebihi tiga gol menuju ke perlawanan kedua pusingan 16 sekali gus meletakkan mereka dalam keadaan tekanan sekali gus mendahului secara agregat.

Tentangan sengit yang ditunjukkan oleh 14 pasukan bertanding menyaksikan perlawanan kedua pusingan 16 menjadikan ia sebagai perlawanan yang perlu ditonton.

Aksi antara Sabah FC dan Melaka FC akan membuka tirai perlawanan kedua pusingan 16 malam esok dan kedua-dua pasukan akan berentap untuk menjadi pasukan kedua mara ke suku akhir selepas JDT di mana mereka terikat 2-2 pada aksi pertama.

Antara pasukan lain yang pasti ‘berpeluh’ apabila sekadar membawa bekalan tipis adalah juara Piala Malaysia 33 kali, Selangor FC (SFC) yang meraih kemenangan tipis 1-2 ke atas Kelantan The Real Warriors (KTRW).

Begitu juga dengan Penang FC yang membawa bekalan satu gol menentang Kuching City FC dan mereka akan berdepan cabaran besar apabila akan beraksi di tempat lawan pada aksi kedua pusingan 16, Sabtu ini.

Peluang juga terbuka luas buat Imigresen FC dan Negeri Sembilan FC (NSFC) selepas masing-masing terikat tanpa jaringan pada aksi pertama di Stadium Negeri Pulau Pinang.

Dua pasukan iaitu Terengganu FC (TFC) dan DPMM FC mungkin sedikit lega kerana berjaya membawa bekalan dua gol selepas masing-masing menewaskan pasukan Liga A1 Semi Pro, UM-Damansara United dan Kelantan Red Warrior.

Bagaimanapun juara edisi 2021, KL City FC jelas perlu bangkit pada aksi kedua di laman sendiri selepas dimalukan pasukan Liga A1 Semi Pro, Perak 2-0 pada aksi pertama. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here