Home Buletin Semasa 11 BAYI MERDEKA LAHIR DI HPUSM, CERIAKAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69

11 BAYI MERDEKA LAHIR DI HPUSM, CERIAKAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 tahun ini menjadi lebih bermakna buat 11 keluarga apabila menerima kehadiran cahaya mata baharu yang dilahirkan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).

Kesemua bayi berkenaan dilahirkan pada 31 Ogos, masing-masing menjadi ‘Bayi Merdeka’ yang pastinya akan dikenang sebagai antara detik paling istimewa dalam kehidupan keluarga mereka.

Daripada keseluruhan 11 kelahiran itu, lapan daripadanya adalah bayi lelaki manakala tiga bayi perempuan, dengan sembilan kelahiran berlaku secara normal dan dua lagi menerusi pembedahan.

Bayi pertama selamat dilahirkan pada jam 4 pagi dengan berat 2.51 kilogram, manakala bayi ke-11 dan terakhir dilahirkan pada jam 9.38 malam dengan berat 3.51 kilogram.

Kesemua proses kelahiran berlangsung dengan selamat di HPUSM, sekali gus menghadirkan suasana penuh kegembiraan buat keluarga yang menyambut kehadiran anggota baharu dalam suasana sambutan Hari Kebangsaan.

Kelahiran ‘Bayi Merdeka’ itu bukan sahaja menceriakan suasana di HPUSM, malah menjadi simbol harapan, kebahagiaan dan permulaan baharu buat keluarga serta generasi masa hadapan.

Bagi keluarga terbabit, tarikh 31 Ogos tahun ini pastinya akan kekal sebagai kenangan manis apabila sambutan kemerdekaan turut diserikan dengan kelahiran insan kecil yang bakal mewarnai kehidupan mereka.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here