Home Luar Negara 100 TERBUNUH SERANGAN UDARA DI MYANMAR

100 TERBUNUH SERANGAN UDARA DI MYANMAR

120
0

BANGKOK: Roket itu dilancarkan ketika upacara pembukaan pejabat baharu angkatan pertahanan rakyat Anti-Junta yang diadakan di kawasan berkenaan.

Ketua hak asasi manusia pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB), Volker Turk, menggesa tentera junta menamatkan kempen keganasannya.

“Saya amat kesal dan gerun dengan serangan udara yang dilancarkan oleh tentera Myanmar yang mengorbankan ramai mangsa antaranya pelajar sekolah.

“Pelajar yang membuat persembahan tarian dan orang awam yang menghadiri majlis perasmian di dewan di kampung Pazigyi, Perbandaran Kanbalu antara mangsa terkorban.

“Pihak yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan,”

Katanya dalam satu kenyataan di Geneva dan menuduh tentera Myanmar sekali lagi tidak menghiraukan kewajipan undang-undang yang jelas untuk melindungi orang awam.

Negara asia tenggara itu berada dalam keadaan huru-hara dan berdepan keruntuhan ekonomi sejak rampasan kuasa oleh pihak tentera pada Februari 2021.

BBC Burma, The Irrawaddy dan Radio Free Asia melaporkan sekurang-kurangnya 50 orang maut, manakala puluhan yang lain cedera.

Setiausaha agung PBB, Antonio Guterres mengutuk sekeras-kerasnya serangan oleh angkatan bersenjata myanmar hari ini dan menggesa mereka untuk bertanggungjawab, menurut kenyataan jurucakapnya Stephane Dujarric.

Guterres ‘Mengulangi gesaannya supaya pihak tentera menamatkan kempen keganasan terhadap penduduk myanmar di seluruh negara’.

Sementara itu, Junta Tentera Myanmar mengesahkan serangan udara yang membedil kampung berkenaan.

“Ada upacara pembukaan pejabat Pasukan Pertahanan Rakyat kira-kira jam 8 pagi di Kampung Pazigyi.

“Kami menyerang tempat itu,” kata jurucakap junta Zaw Min Tun.

Wilayah Sagaing, berhampiran bandar kedua terbesar di negara itu, Mandalay memberikan beberapa tentangan paling hebat terhadap pemerintahan tentera dengan pertempuran sengit berlarutan selama berbulan-bulan.

Klip video grafik yang tersebar di media sosial menunjukkan mayat bertaburan di antara rumah yang musnah.

Seorang penyelamat yang dikaitkan dengan kumpulan tentera pertahanan rakyat anti-rampasan kuasa memberitahu, wanita dan kanak-kanak antara yang maut.

Selepas mengeluarkan mayat dan membawa mangsa untuk rawatan perubatan, dia menganggarkan angka kematian mencecah 100 orang.

Tahun lalu, serangan udara tentera pada konsert yang diadakan oleh tentera kemerdekaan Kachin di utara kachin membunuh kira-kira 50 orang dan mencederakan lebih 70 orang, kata pemberontak.

Pada perarakan tentera bulan lalu, ketua Junta Min Aung Hlaing berikrar untuk terus bertindak keras terhadap pihak lawan.

Sumber: BH Online & AFP

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here