Home Luar Negara 10 MAUT SERANGAN BERSENJATA DI MEXICO

10 MAUT SERANGAN BERSENJATA DI MEXICO

36
0

MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam serangan oleh individu bersenjata yang tidak dikenali di bandar Tehuitzingo, dalam negeri Puebla, tengah Mexico, pada awal pagi Ahad, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Memetik laporan Agensi menerusi Berita Harian, mangsa serangan iaitu komuniti Orang Asli terdiri daripada enam lelaki, tiga wanita dan seorang kanak-kanak, menurut Kementerian Keselamatan Awam negeri berkenaan.

Berikutan itu, Setiausaha Keselamatan Awam Puebla, Francisco Sanchez berkata, keselamatan di kawasan itu sudah dipertingkatkan dengan sokongan anggota tentera.

“Menurut laporan awal, anggota polis pergi ke kediaman itu selepas menerima laporan daripada penduduk tempatan yang melihat beberapa individu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, pihak berkuasa menemui beberapa mangsa dengan kesan tembakan dengan seorang wanita dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Tehuitzingo, sebuah bandar yang menempatkan kira-kira 11,300 penduduk, terletak kira-kira 208 kilometer ke selatan ibu negara Mexico City.

Laporan media tempatan menunjukkan insiden tembakan itu berlaku kira-kira jam 1.55 pagi waktu tempatan (6.55 GMT), sejurus penduduk berhampiran terdengar bunyi tembakan yang kuat.

Pendakwa Raya Puebla, Idamis Pastor Betancourt berkata, satu daripada skop siasatan menjurus kepada kemungkinan membabitkan isu keluarga, sambil memaklumkan hasil siasatan awal mendapati enam mangsa adalah daripada keluarga yang sama manakala empat lagi adalah pekerja.

Pihak pendakwa raya sudah membawa keluar mayat mangsa dan mengumpul bahan bukti sebagai sebahagian daripada siasatan.

Pasukan keselamatan melancarkan operasi bagi mengesan dan menahan pihak yang bertanggungjawab, manakala penyiasat terus berusaha untuk menentukan motif di sebalik serangan itu. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here