Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Musim perayaan Aidiladha sudah tentu ramai yang menerima daging korban daripada saudara mara atau jiran tetangga.
Biasanya kalau sudah menerima daging, kita akan terus simpan di dalam peti sejuk beku.
Penulis sendiri menyimpan daging di dalam peti sejuk beku untuk buat stok lauk.
Namun, perkongsian Public Health Malaysia mengenai cara penyimpanan daging sedikit sebanyak menyedarkan tentang kesilapan penulis selama ini.
Mungkin, bukan sahaja penulis, kalian juga sudah tentu ikut cara penulis.
Jom penulis kongsikan apa perkongsian Public Health Malaysia.

10 kesilapan simpan daging korban:
- Daging yang masih panas menyebabkan wap air terkumpul, mudah rosak dan berbau.
- Sekiranya sudah cuci daging/ayam, jangan simpan lama-lama, sebaiknya terus masak. Sebab daging basah mudah busuk dan cepat rosak.
- Biasanya kita tidak terus bahagikan daging mengikut saiz untuk memasak. Yang selalu kita buat, simpan seketul besar, akhirnya kena cairkan untuk memasak.
- Guna plastik untuk simpan daging, ia berisiko tercemar dengan bahan kimia. Sebaiknya pilih plastik lutsinar khas untuk makanan.
- Biasanya kita simpan stok daging terlalu banyak menyebabkan ruang tidak cukup udara dan suhu tidak sekata. Ini menyebabkan daging lambat beku dan mudah rosak.
- Kesilapan biasa kita lakukan adalah tidak label tarikh. Daging mentah tahan enam hingga setahun sekiranya dibungkus rapi dalam plastic makanan.
- Tidak keluarkan udara untuk simpan. Udara yang terperangkap mempercepatkan proses rosak dan boleh menyebabkan daging kering (frteezer burn).
- Daging bersentuih dengan bahan lain termasuk ikan, ayam. Ini boleh menyebabkan berlaku ‘cross-contamination’ dengan makanan lain dalam peti sejuk.
- Ada dalam kalangan kita suka simpan daging di bahagian bawah peti sejuk. Daging tidak cukup sejuk boleh menyebabkan bakteria merebak.
- Beku dan cair berulang kali. Proses ini boleh merosakkan tekstur daging, dan risiko bakteria makin tinggi.
Jadi, mulai hari ini kita perlu bahagikan daging mengikut kuantiti untuk dimasak supaya kualiti daging tersebut lebih terjamin.
IMedikel TV






