Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KUALA LUMPUR: Malaysia melakar sejarah apabila menjadi tuan rumah kepada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) baharu antara ASEAN dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Perjanjian yang ditandatangani itu adalah peluasan kepada MoU asal yang dimeterai pada tahun 2019 di Bangkok, Thailand, dengan tumpuan baharu terhadap pengukuhan pembangunan bola sepak di rantau Asia Tenggara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,berkata ASEAN dan FIFA memperkenalkan kejohanan baharu iaitu Piala FIFA-ASEAN yang bertujuan memperkukuh pembangunan bola sepak di rantau ini serta membuka ruang kolaborasi strategik dalam bidang sukan.
βMalaysia amat berbesar hati menjadi tuan rumah kepada majlis bersejarah melalui pembaharuan dan pemeteraian MoU antara ASEAN dan FIFA yang dilakukan sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.
βSebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia menekankan pemberdayaan belia, keterangkuman sosial dan kerjasama serantau dan memastikan sukan ini terus berkembang secara mampan untuk generasi akan datang.
βAntara yang dimeterai adalah penganjuran kejohanan baharu, Piala FIFA-ASEAN bagi memperkasa pembangunan bola sepak di rantau ASEAN,βkatanya memetik di Facebook, semalam.
Beliau berkata kerjasama itu mencerminkan komitmen bersama untuk memanfaatkan kekuatan bola sepak dalam memupuk pembangunan budaya, kemajuan sosial dan keamanan serantau.
βPerkembangan pesat bola sepak di ASEAN membuktikan keupayaan sukan ini menyatukan masyarakat pelbagai latar dan budaya,βkatanya.
IMedikel TV






