Home Luar Negara ZIONIS LANCAR 170 SERANGAN KE ATAS PUSAT KESIHATAN DI TEBING BARAT SEJAK...

ZIONIS LANCAR 170 SERANGAN KE ATAS PUSAT KESIHATAN DI TEBING BARAT SEJAK 7 OKTOBER

161
0

ISTANBUL: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengesahkan kemudahan penjagaan kesihatan di Tebing Barat yang diduduki berdepan lebih 170 serangan Israel sejak 7 Oktober lalu.

“WHO bimbang mengenai peningkatan berterusan serangan ke atas kemudahan penjagaan kesihatan di Tebing Barat,” kata agensi PBB dalam satu kenyataan di X.

“Hari ini, sekurang-kurangnya enam anggota paramedik yang keluar dari Hospital Ibn Sina di Jenin diperiksa dan ditahan,” kata organisasi itu, sambil menambah tiga ambulans turut diperiksa.

“Penjagaan kesihatan bukan sasaran,” tegas WHO, merujuk kepada peraturan perang antarabangsa yang menghalang hospital, sekolah, dan kemudahan awam lain daripada diserang.

WHO menggesa perlindungan aktif ke atas pekerja kesihatan dan kemudahan kesihatan.

Sejak meletusnya pertempuran di Gaza antara kumpulan Palestin dan Israel pada 7 Oktober, tentera Israel setakat ini telah membunuh lebih 200 rakyat Palestin dan menahan lebih 2,520 di seluruh Tebing Barat dalam usaha mengekang aktivisme Palestin yang menyokong Gaza.

Sejak Israel mula mengebom Gaza pada 7 Oktober, sekurang-kurangnya 12,000 rakyat Palestin terbunuh termasuk 5,000 kanak-kanak.

Sekatan Israel juga telah memutuskan Gaza daripada bekalan bahan api, elektrik dan air, dan mengurangkan penghantaran bantuan kepada aliran kecil.

Angka kematian Israel, sementara itu, adalah sekitar 1,200, menurut angka rasmi. – AGENSI, BH Online –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here