Home Buletin Semasa JAPEN DAN MKN SIAP SIAGA HADAPI MONSUN TIMUR LAUT

JAPEN DAN MKN SIAP SIAGA HADAPI MONSUN TIMUR LAUT

124
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Kelantan bersiap siaga menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).

Pengarah JaPen, Muhd Nor Aswadi Md. Nor berkata pihaknya sentiasa memberi peringatan dan panduan dalam menghadapi musim banjir.


“Di JaPen, kami sudah membuat hebahan melalui Info On Wheel (IOW) di seluruh kawasan bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat supaya bersiap siaga dengan ancaman banjir.


“Kita juga mengingatkan mereka supaya peka dengan amaran semasa melalui media massa,” katanya.
Beliau berkata demikian di sidang media selepas Perasmian Program Kesedaran Keselamatan Komuniti Peringkat Daerah Kota Bharu 2023, di Dewan Sri Buloh Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Kedai Buloh, di Sini, Pada Rabu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar peka dengan setiap maklumat yang dikeluarkan khususnya yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi.


Katanya ia membabitkan perubahan cuaca secara harian.

I Medikel

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here