Home Buletin Semasa YADIM KETENGAH KONSEP TABAYYUN

YADIM KETENGAH KONSEP TABAYYUN

184
0

Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengetengahkan konsep ‘tabayyun’ dalam kalangan rakyat Malaysia agar dapat mengelak daripada menyebar maklumat yang tidak sahih.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zamri Zainal Abidin berkata, konsep tabayyun merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud ‘menthabitkan’ dan menyemak asas kebenarannya.

“Allah juga menekankan dalam satu ayat berkenaan fatabayyanu maka hendaklah kamu tabayyun, tabayyun ini adalah satu sikap berhati-hati dan perlu mengkaji sebelum mengambil apa-apa tindakan dan membuat keputusan.

“Bukan sahaja golongan muda, namun juga sukar untuk menerapkan konsep tabayyun dalam golongan dewasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Forum Jiwa Madani ‘Pengukuhan Mahkamah Syariah di Malaysia’ di Dewan Sri Tunjong Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN), di sini, hari ini.

Tambahnya, program itu bertujuan untuk menangkis persepsi negatif masyarakat mengenai sistem perundangan syariah di negara ini termasuk petisyen yang dikemukakan peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019.

“Mahkamah syariah di Malaysia ini ada tempatnya yang tersendiri dan terjamin kedudukannya di seluruh negara jadi persepsi yang selama ini negatif yang dilontarkan oleh khalayak ramai mungkin boleh dikatakan daripada mereka yang menjadi pempengaruh dan di media sosial,” katanya.

Selain itu, Peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya Nik
Saiful Adli Burhan berkata peruntukan yang tersedia pada peringkat
perundangan syariah perlu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan supaya tidak menjadi kekeliruan pada rakyat Malaysia.

“Sekiranya didapati perkara yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, maka ia tidak sah,” katanya.

Beliau yang juga panel pada program itu menjelaskan, perlembagaan undang-undang adalah yang tertinggi negara dan rakyat perlu akur akan keputusan yang ditetapkan.Turut menjadi panel pada sesi itu adalah Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan, Wan Adam Al Baqir Mohd Nordin, manakala Pegawai Jabatan Penerangan Negeri Kelantan (JaPen) Mat Wi Abd Rahman bertindak selaku moderator.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here