LONDON: Jaringan hatrik Matheus Cunha mendedahkan lagi kerapuhan pertahanan Chelsea selepas Wolverhampton Wanderers bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan 4-2 di Stamford Bridge.
Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Chelsea yang tewas 4-1 di tangan Liverpool pertengahan minggu, mendahului perlawanan pada minit ke-20 menerusi jaringan Cole Palmer.
Namun selang dua minit kemudian, Joao Gomes berjaya membuat hantaran kepada rakan senegaranya dari Brazil, Cunha yang selepas itu menemui jaringan penyamaan.
Jaringan kedua Wolves hadir sebelum rehat babak pertama menerusi gol sendiri Axel Disasi.
Cunha meletak Wolves terus selesa dengan 3-1 pada babak kedua sebelum melengkapkan hatriknya pada minit ke-82.
Pemain dari Brazil, Thiago Silva menjaringkan gol saguhati pada minit ke-86 di saat penyokong tuan rumah mula meninggalkan stadium. – REUTERS,BH Online-
Imedikel TV






