Home Sukan WIJNALDUM SERTAI AL-ETTIFAQ

WIJNALDUM SERTAI AL-ETTIFAQ

257
0

DAMMAM, Arab Saudi: Pemain tengah Paris Saint-Germain, Georginio Wijnaldum menyempurnakan perpindahan ke kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq.

Wijnaldum menghabiskan musim lalu sebagai pemain pinjaman di Roma kendalian Jose Mourinho, tetapi pulang ke kelab asalnya, psg musim ini.

Memetik laporan Agensi menerusi Berita Harian, pemain Belanda itu dikaitkan dengan perpindahan ke PSV dan Ajax, yang berminat membawa pulang bekas pemain tengah Liverpool itu ke negara asalnya.

Bagaimanapun, perpindahan pemain 32 tahun itu ke Arab Saudi akan menyaksikannya bergabung dengan dua bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard dan Jordan Henderson.

Wijnaldum menyertai Liverpool dari Newcastle United pada tahun 2016 dan memenangi liga juara-juara Eropah pada tahun 2019 serta liga perdana inggeris 2020 bersama The Reds.

Pemain Belanda itu meledak 22 gol dan 16 umpanan gol dalam 237 penampilan di Merseyside tetapi berpindah ke Paris pada tahun 2021.

Dia mengharungi tahun yang sukar di PSG sebelum dipinjamkan ke Roma, dan hanya membuat 14 penampilan untuk kelab Serie A itu.

Gerrard mengambil alih Al-Ettifaq pada musim panas ini dan kelab liga pro Saudi itu turut menandatangani bekas penyerang Lyon, Moussa Dembele.

Al-Ettifaq ketika ini menduduki tangga kelima liga Saudi selepas lima perlawanan. BH Online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here