Home Sukan ALCARAZ, SABALENKA MARA KE PUSINGAN 16 AKHIR TERBUKA AS

ALCARAZ, SABALENKA MARA KE PUSINGAN 16 AKHIR TERBUKA AS

162
0

NEW YORK: Pemain tenis nombor satu dunia, Carlos Alcaraz mara ke pusingan 16 terakhir terbuka Amerika Syarikat (AS) manakala pilihan kedua kejohanan, Aryna Sabalenka mara dalam kategori wanita.

Alcaraz, dalam misi menjadi pemain lelaki pertama mempertahankan gelaran sejak Roger Federer pada tahun 2008, mengatasi pilihan ke-26 dari Britain, Dan Evans 6-2, 6-3, 4-6, 6-3 dalam tempoh tiga jam 11 minit.

Memetik laporan AFP menerusi berita harian, pemain 20 tahun dari Sepanyol itu akan berdepan pemain Itali, Matteo Arnaldi di pusingan keempat esok.

“Dia lawan yang sukar. saya rasa apabila kami bertemu, ia satu pertunjukan di atas gelanggang. kami mencipta banyak mata hebat, pukulan menarik, dan pelbagai situasi,” kata Alcaraz.

Alcaraz, yang akan terlepas gelaran nombor satu dunia kepada Novak Djokovic di akhir kejohanan ini, mengakui dia bersemangat untuk menyamai kejayaan Federer mempertahankan kejuaraan.

“Mempertahankan kejuaraan adalah matlamat saya. saya sedang berusaha mendapatkannya. belum ada sesiapa melakukannya di sini sejak Roger, jadi saya ingin menjadi sebahagian daripada sejarah kejohanan bersamanya,” katanya.

Dalam undian wanita, juara terbuka Australia, Sabalenka mengekalkan penguasaan di kejohanan ini dengan menewaskan pemain Perancis, Clara Burel, 6-1, 6-1 dalam tempoh 60 minit.

“Saya amat gembira dengan persembahan hari ini. saya rasa saya bermain dengan hebat hari ini,” kata Sabalenka.

Pemain Belarus itu akan berdepan pilihan ke-13 dari Russia, Daria Kasatkina esok. Kasatkina mara ke pusingan 16 terakhir selepas menewaskan pemain Belgium, Greet minnen 6-3, 6-4. BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here