GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat mengumumkan kelulusan vaksin MVA-BN, yang dibangunkan oleh Bavarian Nordic A/S, sebagai vaksin mpox pertama yang dimasukkan ke dalam senarai pra kelayakan, lapor Xinhua.
Kelulusan pra kelayakan ini dijangka meningkatkan akses kepada vaksin di kawasan yang menghadapi wabak mendesak, terutamanya di Afrika, membantu usaha untuk mengurangkan penularan dan mengawal penyebaran penyakit itu.
“Pra Kelayakan pertama vaksin terhadap mpox ini adalah langkah penting dalam perjuangan kita memerangi penyakit ini, baik dalam konteks wabak semasa di Afrika dan pada masa hadapan,” kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Beliau menekankan keperluan untuk meningkatkan perolehan dan pengedaran vaksin bagi memastikan akses yang saksama bagi mereka yang paling berisiko. – HMetro Online –
IMedikel TV






