Home Sukan WEST HAM IKAT BRIGHTON DI STADIUM LONDON

WEST HAM IKAT BRIGHTON DI STADIUM LONDON

179
0

LONDON: West Ham terlepas peluang untuk merapatkan diri dengan kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika Brighton dinafikan kemenangan di Stadium London menerusi keperwiraan penjaga gol Alphonse Areola apabila seri 0-0 awal pagi tadi.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Sekalipun dijejaskan dengan kekurangan pemain pertahanan kerana kecederaan dan penggantungan, The Seagulls bertahan untuk meraih aksi pertama tanpa dibolosi dalam EPL musim ini dan sepatutnya berhak mendapat tiga mata susulan persembahan mengagumkan pada babak kedua.

Brighton menikmati 70 peratus penguasaan bola namun dikecewakan kerana penyudah yang kurang tajam di kawasan gol lawan.

Areola perlu berada pada tahap terbaiknya untuk menafikan Danny Welbeck, Joao Pedro, Pascal Gross dan Adam Lallana sekali gus mengekalkan rentetan tanpa kalah The Hammers.

Cabaran tuan rumah terjejas berikutan kecederaan Lucas Paqueta dan Mohammed Kudus, yang dinafikan peluang untuk tampil dalam satu lagi perlawanan kelab sebelum Piala Negara-Negara Afrika oleh persekutuan bola sepak Ghana.

James Ward-Prowse menghadirkan percubaan terbaik West Ham yang diselamatkan Jason Steele sebelum rehat.

Satu mata cukup buat Brighton mengatasi Manchester United di tangga ketujuh, namun mereka kekal tiga mata di belakang West Ham yang menghuni tangga keenam. – AFP-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here