Home Sukan WARWICK DIGUGURKAN SEBAGAI STEWARD GP KANADA KERANA KRITIK FIA

WARWICK DIGUGURKAN SEBAGAI STEWARD GP KANADA KERANA KRITIK FIA

293
0

MONTREAL: Bekas pemandu Formula Satu, Derek Warwick digugurkan daripada tugasnya sebagai steward perlumbaan di Grand Prix (GP) Kanada selepas mencetuskan semula kebimbangan baharu dalam kalangan pengkritik terhadap gaya kepimpinan Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mengumumkan keputusan menyingkirkan warga Britain itu dan menggantikannya dengan bekas pemandu Brazil, Enrique Bernoldi, semalaman sebelum sesi latihan bebas ketiga dan sesi kelayakan yang berlangsung Sabtu lalu.

FIA mendakwa Warwick digantung “berikutan kenyataan kepada media yang dibuat tanpa kebenaran.”

Warwick mengakui bahawa kenyataan yang diberikannya dalam beberapa temu bual menjelang perlumbaan GP Kanada adalah tidak wajar memandangkan kedudukannya sebagai steward, dan beliau turut memohon maaf.

Namun reaksi dalam paddock menunjukkan kebanyakan pihak berpendapat tindakan terhadap Warwick terlalu keras dan dilakukan secara tidak berhemah.

Penggantungan Warwick berlaku hanya 24 jam selepas FIA meluluskan beberapa pindaan kontroversi terhadap statut perlembagaan badan itu, perubahan yang dikritik kerana didakwa mengurangkan ketelusan dan akauntabiliti organisasi berkenaan.

Antara pindaan yang diluluskan termasuk mempercepatkan tarikh akhir untuk pencalonan calon yang ingin mencabar Ben Sulayem dalam pemilihan akan datang.

Setakat ini, belum ada pencabar rasmi yang mengesahkan niat untuk bertanding menentang Presiden FIA berusia 63 tahun dari Emiriah Arab Bersatu itu.

Sementara itu, Warwick dijangka kembali menyandang tugas sebagai steward di Grand Prix Austria yang akan datang.

Menurut kenyataan rasmi daripada FIA, Bernoldi akan menjalankan tugas sebagai steward “dari pusat operasi jauh di Geneva bagi baki perlumbaan hujung minggu itu.”

Warwick adalah juara perlumbaan Le Mans 24 Jam, bekas presiden Kelab Pemandu Lumba Britain (BRDC), dan dianggap antara tokoh paling dihormati dalam dunia sukan permotoran. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here