Home Buletin Semasa WARGA EMAS MASIH KEKALKAN SENI KHAT THULUTH

WARGA EMAS MASIH KEKALKAN SENI KHAT THULUTH

290
2

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

PASIR PUTEH: Hanya dengan cara menzahirkan bakat dan mempersembahkan kreativiti melalui seni tulisan khat, ia mampu menjana wang bagi sesiapa yang berminat dalam seni ini.

Khat menjadi unsur penting daripada cabang-cabang kesenian yang masih terpelihara hingga ke hari ini.

Wartawan Imedikel TV menemu bual seorang penulis khat di Gong Kulim, di sini, baru-baru ini.

Rahim Othman Awang Ahmad, 62, dari Gong Kulim,di sini, berkata minatnya dalam penulisan khat telah membawa dirinya untuk berada dalam bidang ini selama 20 tahun.

Katanya minat mendalam terhadap tulisan itu sekali gus mendorong dia untuk mempelajarinya sejak dari sekolah menengah menjadikan dia kekal berada dalam bidang khat sehingga ke hari ini.

“Kategori dia misalnya yang popular nya khat diwani, thuluth, riq’ah dan saya boleh mengusai khat thuluth sahaja,”katanya.

Rahim berkata dia juga sering membuat latihan dan belajar di aplikasi Youtube tentang penulisan khat thuluth.

Tambahnya, khat thuluth adalah khat yang paling mudah untuk dipelajari kerana ia senang untuk ditulis.

“Dia lembut, cantik dan senang untuk dibaca yang lain tu gulung-gulung cantik tapi susah nak baca,”katanya

Tambahnya, khat thuluth juga mempunyai keistimewaannya tersendiri dari segi penulisan yang boleh menarik perhatian orang yang melihatnya.

Menurutnya, khat thuluth juga sesuai untuk dijadikan perhiasan di dinding seperti penulisan neural.

“Kita tengok anak-anak muda pun boleh tahan juga penulisannya kemudian saya diminta juga untuk jadi juri anak-anak muda juga dah cantik tulisannya susah untuk kita pilih nombor satu, dua dan tiga sebab di Kelantan ni pun orang menitikberatkan juga penulisan jawi,”katanya.

Tambahnya, minat anak muda terhadap penulisan khat jelas sekali boleh membawa kepada sumber pendapatan.

“Alhamdulillah, saya dikurniakan bakat menulis tulisan khat dan lebih fokus kepada khat thuluth, saya mula jana pendapatan dalam bidang khat kerana minat dan modal untuk menulis khat itu sangat kecil namun pendapatannya agak lumayan,”katanya.

Rahim berkata kaligrafi khat ini adalah sumber pendapatannya seharian.

Imedikel TV

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here