Home Buletin Semasa 6 ANGGOTA POLIS DITAHAN KETIKA BERHIBUR, SEORANG POSITIF DADAH

6 ANGGOTA POLIS DITAHAN KETIKA BERHIBUR, SEORANG POSITIF DADAH

234
0

KUALA LUMPUR: Enam anggota polis dari sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Perak ditahan dalam serbuan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di sebuah pusat hiburan di Sitiawan, malam Sabtu lalu.

Ketika serbuan kira-kira jam 11.30 malam yang turut disertai Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), semua enam anggota terbabit disyaki sedang berhibur dengan seorang wanita warga Indonesia turut ditemukan di bilik karaoke di pusat hiburan berkenaan.

Sumber berkata, selain tangkapan turut ditemukan dalam serbuan itu satu paket serbuk putih dipercayai dadah jenis ketamin.

Hasil pemeriksaan lanjut, katanya, seorang anggota beragama Islam dikesan mengambil minuman keras, manakala seorang lagi positif dadah jenis ganja.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dengan operasi dijalankan bersama JAIP bagi mengesan pelanggaran dan salah laku dilakukan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Siasatan kes akan dikendalikan JIPS di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan pada masa ini siasatan mebabitkan sudut tatatertib.

“Terdapat situasi dan keadaan yang membenarkan anggota berada di dalam premis berkenaan berdasarkan arahan dalaman, namun siasatan akan dibuat apabila ada anggota terbabit dikesan positif dadah dan minum minuman keras,” katanya.

– BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here