Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PASIR PUTEH: Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang ketika berada di kebunnya di Kampung Bukit Tanah Hujung Tanjung, di sini, ditemui meninggal dunia di Sungai Setol pagi ini.
Komander Operasi BBP Pasir Puteh, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Ridhuan Mohd Nor, berkata mangsa dikenali Saudah Mat Zin, 71, dilaporkan hilang di kawasan kebun tersebut.
“Kami menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.45 pagi. Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh digerakkan ke lokasi sejauh 14 kilometer dan tiba pada jam 10.01 pagi.
” Pencarian dijalankan di sekitar kebun tempat mangsa dilaporkan hilang. Pada jam 12.05 tengah hari, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di Sungai Setol dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.
Katanya mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.52 tengah hari.
IMedikel TV






