Home Buletin Semasa WANITA TERSEPIT DALAM MYVI SELEPAS BERTEMBUNG TRELER

WANITA TERSEPIT DALAM MYVI SELEPAS BERTEMBUNG TRELER

232
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

GUA MUSANG: Seorang wanita lingkungan 30-an tersepit selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya dipercayai bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 20, Jalan Gua Musang–Kuala Krai berhampiran bekas stesen minyak Caltex lama, pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Che Razak Harun berkata, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum bertembung dengan treler tersebut.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.08 pagi melalui sistem MERS999.

“Sebaik pasukan kami tiba, didapati kereta terbabit terjatuh bawah gaung akibat kemalangan itu.

“Terdapat satu mangsa perempuan dewasa tersepit di dalam kereta myvi, sudah dapat dikeluarkan pada jam 8.55 pagi.

“Mangsa mengalami patah kaki kanan dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut. Pemandu treler pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi kru IMedikel TV.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here