Home Buletin Semasa WANITA PERLU JADI HEBAT

WANITA PERLU JADI HEBAT

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Wanita sering kali dimomokkan dengan golongan yang lemah tetapi sebenarnya wanita mempunyai ciri wanita hebat dan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Kehebatan seorang wanita diperlihat menerusi keupayaan mereka dalam mengendalikan segala cabaran dan dugaan yang datang dalam sesebuah keluarga.

Selebriti, Datuk Nora Ariffin berkata wanita perlu mempunyai ilmu untuk berhadapan dengan cabaran hidup selari dengan peredaran zaman agar dapat memelihara kehormatan diri dan lebih berani berhadapan dengan apa jua keadaan sekalipun.

“Saya rasa ramai lagi wanita yang memerlukan ilmu sebab kita wanita mempunyai banyak cabaran dan dugaan dalam hidup. Macam mana kita nak menjadi wanita yang hebat dan kental untuk bersedia menghadapi segala rintangan yang datang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Program Women’s Wellness & Health Inspirational Summit 2024, di sini, pada sabtu.

Katanya, wanita hebat bukan sahaja diukur berdasarkan penampilan menarik tetapi juga daripada segi karakter yang dimiliki wanita tersebut.

“Jadi wanita kita tidak perlu takut asalkan kita buat benda yang betul.

“Ramai sebenarnya wanita hebat di luar sana kita tahu kan di akhir zaman ramai wanita yang sangat pelbagai tetapi saya selalu cakap jangan jadi wanita biasa, jadi lah wanita luar biasa,” katanya.

Seorang peserta, Rahimah Abdul Rahman, 49, dari Tanah Merah menasihatkan golongan wanita supaya sentiasa mencari alternatif sekiranya mempunyai masalah agar ianya dapat diatasi dengan cara yang lebih baik dan sihat daripada segi mental dan emosi.

“Kaum wanita jangan ambil remeh tentang kesihatan. Kita kena buat pemeriksaan, jika kaum wanita down kita perlu mencari satu alternatif bagaimana kita nak mencarinya kita perlukan kawan-kawan yang positif yang boleh membantu kita bangkit daripada kesedihan kita pada masa itu,” katanya.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here