Home Buletin Semasa WANITA DIBUNUH, DIBAKAR: REMAN KEKASIH DISAMBUNG 5 HARI LAGI

WANITA DIBUNUH, DIBAKAR: REMAN KEKASIH DISAMBUNG 5 HARI LAGI

193
0

Sungai Besar, SELANGOR: Sungai Besar, SELANGOR: Perintah reman terhadap lelaki yang membunuh dan membakar kekasihnya pada minggu lalu disambung lima hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata permohonan sambung reman terhadap suspek berusia 20 tahun itu membolehkan siasatan lanjut diteruskan.

“Reman (suspek) dapat tambahan lima hari lagi sehingga 3 Jun depan.

“Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Siti Hajar Ali,” katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.
Pada 24 Mei lalu, media melaporkan wanita berusia 21 tahun ditemui dalam keadaan terbakar di kawasan belukar kebun kelapa sawit Jalan Sungai Limau, di sini.

Mangsa dan suspek adalah pasangan kekasih dan menjalin hubungan selama setahun, mangsa dipercayai hamil empat bulan.

Suspek bertindak melakukan jenayah itu berseorangan kerana mahu merahsiakan kehamilan selepas melakukan hubungan sulit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here