Home Luar Negara BOT PELANCONG KARAM DI ITALI, 2 MAUT

BOT PELANCONG KARAM DI ITALI, 2 MAUT

125
0

Rom, ITALI: Sekurang-kurangnya dua orang disahkan maut manakala dua lagi masih hilang dalam kemalangan bot di Tasik Maggiore di utara Itali, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Agensi Berita ANSA hari ini.

Terdahulu, jurucakap bomba, Luca Cari, memberitahu AFP bahawa 19 orang diselamatkan selepas sebuah bot karam di tasik berhampiran bandar Lisanza, kira-kira 50 kilometer (km) ke barat laut Milan.

Menurut pihak bomba, penyelam menemukan dua mayat dan operasi mencari dua yang hilang masih diteruskan dengan dibantu sebuah helikopter.

Menurut Presiden wilayah Lombardy, Attilio Fontana, bot itu karam dipercayai akibat ribut.

“Bot layar sepanjang 16 meter itu telah disewa oleh pelancong,” tulisnya di Facebook.

Varese News pula melaporkan, bot berkenaan membawa 25 orang, termasuk 23 pelancong dan dua anak kapal.

Video bomba menunjukkan sebuah helikopter mencari dan menyelamat terbang di atas perairan bergelora, di mana kerusi dan serpihan lain kelihatan terapung.

Tasik Maggiore, yang terletak di sebelah selatan Alps adalah tasik kedua terbesar di Itali dan destinasi pelancongan yang popular. 

Sumber BH Online & AGENSI

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here