BEIJING: Perkhidmatan lelaki dikenali sebagai ‘mafia putih’ semakin meningkat dalam membantu wanita muda di China yang berurusan dengan bersama bekas teman lelaki bermasalah atau pemilik rumah tidak jujur.
South China Morning Post (SCMP) melaporkan, ‘mafia’ itu diupah sebagai pengawal peribadi yang sangat memahami untuk mengendalikan isu peribadi sensitif membabitkan pelanggan mereka.
Kumpulan dikenali ‘Pasukan Pengawal Badan Profesional’ meraih populariti dengan cepat di media sosial, dan kini sudah mengumpul 160,000 pengikut di Douyin.
Penampilan mereka dengan pakaian hitam dan berwajah garang menyebabkan mereka dilabel ‘mafia’ oleh netizen.
Kumpulan itu menyerupai intimidasi dan pujukan untuk menangani isu keganasan rumah tangga, buli serta menggelarkan diri sebagai ‘penjaga wanita’ yang mahu menuntut keadilan hingga mendapat julukan tersebut.
Salah seorang ahlinya Lei, memberitahu saluran media Vista Hydrogen Business bahawa kumpulan mereka terdiri daripada pegawai tentera yang sudah bersara, pemilik perniagaan, dan juga peninju wanita.
Katanya, kumpulan itu pada mulanya ditubuhkan pada 2018 untuk menyediakan keselamatan untuk selebriti dan tokoh masyarakat.
“Menjelang 2022, lebih ramai individu menghubungi kami untuk mendapatkan bantuan berkaitan isu peribadi.
“Disebabkan jurang dalam undang-undang, beberapa masalah tidak dapat diselesaikan melalui cara tradisional, jadi kami mula membantu kumpulan yang terdedah dengan cara kami sendiri,” katanya.
Menurut Lei, 70 peratus daripada pelanggan mereka adalah wanita berumur 25 hingga 35 tahun, yang menghubungi mereka melalui platform Douyin.
Pasukan mengenakan bayaran berdasarkan jenis dan tempoh perkhidmatan. – AGENSI, HMetro –
IMedikel TV






