Home Luar Negara WANITA BERTINDAK MENGOYAK AL QURAN DI DENMARK

WANITA BERTINDAK MENGOYAK AL QURAN DI DENMARK

165
0

LONDON: Insiden mencemarkan serta perbuatan menghina al-Quran terus berlaku di Denmark, dengan satu lagi membabitkan seorang wanita Denmark kelahiran Iran bertindak mencemarkan kitab suci itu di Copenhagen.

Wanita terbabit, Firoozeh Bazrafkan, mengoyak salinan al-Quran di hadapan Kedutaan Iran pada Sabtu lalu, lapor Agensi Anadolu.

Dengan memakai kemeja-T yang tertera perkataan ‘Wanita’, ‘Hidup’ dan ‘Kebebasan’, dia kongsikan rakaman perbuatannya itu serta mentakrifkan tindakan provokasi berkenaan kononnya sebagai ‘persembahan seni.’

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, perbuatan membakar atau mencemarkan al-Quran atau cubaan berbuat demikian oleh golongan Islamofobia, terutama di negara Eropah Utara dan Nordik, semakin kerap berlaku. – BERNAMA-ANADOLU, BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here