Home Luar Negara 3 PEMUDA PALESTIN MATI DITEMBAK DI TEBING BARAT

3 PEMUDA PALESTIN MATI DITEMBAK DI TEBING BARAT

RAMALLAH: Tentera Israel menembak mati tiga pemuda Palestin berhampiran bandar Arraba di wilayah Jenin, Tebing Barat pada Ahad, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Sementara itu, tentera Israel mendakwa pasukannya menumpaskan sebuah kumpulan bersenjata di kawasan Jenin, di utara Tebing Barat, lapor Agensi Anadolu.

Kejadian itu berlaku beberapa jam selepas seorang anggota polis Tel Aviv terbunuh dalam satu tembakan.

Suspek penyerang Palestin turut dibunuh oleh pegawai Israel yang lain.

Sejak awal tahun ini, Tebing Barat berulang kali menyaksikan serbuan tentera Israel bagi memberkas warga Palestin. – BERNAMA ANADOLU, BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here