Home Segmen Kesihatan WANITA BERPANTANG BOLEH ALAMI MASALAH PERANAKAN JATUH

WANITA BERPANTANG BOLEH ALAMI MASALAH PERANAKAN JATUH

Oleh: Athirah Azman, wartawan IMedikel TV

KOTA BHARU, KELANTAN: Wanita banyak pantang larangnya. Antaranya elak mengangkat barangan berat kerana dikhuatiri peranakan akan jatuh. Namun masih ramai yang tidak mengambil berat mengenai isu itu kerana berpendapat ianya hanya perkara biasa.

Menurut pakar perbidanan, Wan Siti Wan Hamzah, masalah peranakan jatuh boleh terjadi kepada wanita selepas bersalin yang tidak mengikut pantang larang dengan betul.

Hal ini kerana, kebanyakkan wanita atau ibu yang baru melahirkan anak, kerap melakukan kegiatan lasak dan mengangkat beban berat sehingga menyebabkan rahim jatuh ke saluran faraj.

“Selalu nya untuk masalah rahim jatuh ini berlaku kepada wanita selepas bersalin dia tak pantang dia dalam waktu berpantang tu dia cuci baju dia memasak dia mengangkat berat waktu tu rahim kita masih tidak sembuh sepenuhnya”, kata Wan Siti Wan Hamzah.

“Mengangkat barang terlalu berat berjalan terlalu lama, berjalan sambil mengangkat barang terlalu lama pun akan mengakibatkan rahim jatuh dan kurangkan meneran ketika membuang air besar”, katanya.

Selain itu, katanya, mereka yang mengalami masalah ini akan berasa sakit pada bahagian ari-ari dan terasa seakan sesuatu akan terkeluar dari faraj. Siti berkata, hal itu juga berlaku terhadap wanita yang kerap batuk dengan kuat dan mempunyai masalah sembelit.

“Rasa tak selesa di bahagian ari-ari kemudian bila kita bersama dengan suami akan rasa sakit tak selesa dah yang ketiga pula kita rasa ada tekanan di bahagian bawah rasa macam ada benda yang nak terkeluar”, katanya.

Tambahnya, keadaan itu juga menyebabkan wanita sukar untuk membuang air kecil, kencing tidak lawas, dan sukar membuang air besar.

Jelasnya lagi, peranakan jatuh berlaku dalam pelbagai peringkat iaitu pada awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan asal.

Seterusnya, diikuti peringkat kedua apabila jatuh ke permukaan faraj sehingga memberikan kesan seperti kerap kencing dan tidak selesa ketika berjalan.

Katanya, golongan wanita tidak boleh memandang remeh terhadap masalah itu kerana ia adalah organ utama bagi menampung kehamilan sekaligus bagi menjaga hubungan suami dan isteri.

Tambahnya, pihak Airawa Spa menyediakan rawatan urut secara berkala bagi mereka yang ingin menaikkan peranakan sebanyak tiga hingga lima kali.

Selain itu, katanya, masalah peranakan jatuh juga boleh dirawat secara persendirian di rumah dengan cara melakukan senaman kegel selama 30 minit setiap hari.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here