Home Buletin Semasa WALKHATON D’RAJA: BEBERAPA LALUAN UTAMA DI KOTA BHARU DITUTUP SABTU INI

WALKHATON D’RAJA: BEBERAPA LALUAN UTAMA DI KOTA BHARU DITUTUP SABTU INI

245
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Beberapa persimpangan dan laluan utama di bandar ini akan ditutup serta dilencongkan secara berperingkat sempena Program Walkhaton D’Raja Walk With Me yang dijadual berlangsung pada Sabtu ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, program anjuran Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan itu akan berlangsung bermula jam 7 malam hingga 12 tengah malam.

“Antara persimpangan yang terlibat ialah Persimpangan Sultan Ibrahim (Simpang Tiga Troika), Persimpangan Wisma Persekutuan, Persimpangan Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Persimpangan Sri Cemerlang, Persimpangan Padang Garong dan Bulatan Tuan Padang.

“Laluan yang akan ditutup pula membabitkan Jalan Bayam ke Jalan Dusun Muda, Jalan Tok Guru, Jalan Mahmood melalui Jalan Hospital, Jalan Sultan Ibrahim serta kawasan sekitar Stadium Sultan Muhammad IV,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan lebih awal, menggunakan laluan alternatif dan mematuhi arahan petugas keselamatan di Lokasi.

Penutupan dan lencongan jalan itu bertujuan memastikan kelancaran program serta keselamatan peserta dan orang awam sepanjang acara berlangsung.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here